Skip Navigation

National Geographic Society This program is distributed in the U.S. and Canada by National Geographic and EHD. [learn more]

Multilingual Illustrated DVD [Tutorial]

The Biology of Prenatal Development


8 - 12 Weeks


PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


 
Download English PDF  Download Spanish PDF  Download French PDF  What is PDF?
 

The Fetal Period (8 Weeks through Birth)

Chapter 37   9 Weeks: Swallows, Sighs, and Stretches

Tempoh fetus berterusan hingga kelahiran.

Setelah 9 minggu, fetus mula menghisap ibu jari dan boleh menelan bendalir amnion.

Fetus boleh menggenggam objek, mengerakkan mengerakkan kepala ke depan dan belakang, menggerakkan rahang dan lidah, mengeluh, & menggeliat.

Reseptor saraf pada muka, tapak tangan, dan tapak kaki peka pada sentuhan lembut.

"Sebagai respons kepada sentuhan di tapak kaki," fetus membengkokkan pinggul, lutut & jari kaki.

Kelopak mata kini tertutup rapat.

Dalam larinks, kemunculan ligamen vokal tanda bermulanya perkembangan saraf vokal.

Dalam fetus perempuan, uterus dikenal pasti dan sel pembiakan yang belum matang, oogonium, sedang mendua dalam ovari.

Bahagian luar genitalia mula nampak ketara sama ada lelaki atau perempuan.

Chapter 38   10 Weeks: Rolls Eyes and Yawns, Fingernails & Fingerprints

Pertumbuhan pesat di antara 9 dan 10 minggu menambah berat badan lebih 75%.

Pada 10 minggu, stimulasi kelopak atas mata menyebabkan biji mata bergerak ke bawah.

Fetus menguap & kerap membuka/menutup mulut.

Kebanyakan fetus menghisap ibu jari kanan.

Bahagian usus dalam tali pusat kembali ke lompang abdomen.

Tulang sedang melalui proses osifikasi penulangan.

Kuku jari tangan dan kaki mula tumbuh.

Cap jari yang unik muncul 10 minggu selepas persenyawaan. Paten ini boleh dipakai untuk pengenalpastian selama seumur hidup.

Chapter 39   11 Weeks: Absorbs Glucose and Water

Setelah 11 minggu, hidung dan bibir terbentuk sepenuhnya. Seperi mana bahagian badan yang lain, rupa mereka bertukar di setiap peringkat dalam kitaran hidup manusia.

Usus mula menyerap glukosa dan air yang ditelan oleh fetus.

Walaupun jantina telah ditentukan semasa persenyawaan, genitalia luar kini boleh dibezakan sebagai lelaki atau perempuan.
8 - 12 Weeks


Add a Comment

Your Name: Log In 3rd-party login: Facebook     Google     Yahoo

Comment:
     


Newest  |  Top Rated

1 Comment


rajasree raja
October 2, 2013 at 1:07 am
rajasree raja
thanks for your details
Report
Dislike
Like