Skip Navigation

National Geographic Society This program is distributed in the U.S. and Canada by National Geographic and EHD. [learn more]

Multilingual Illustrated DVD [Tutorial]

The Biology of Prenatal Development


6 Months - Birth


PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


 
Download English PDF  Download Spanish PDF  Download French PDF  What is PDF?
 

Chapter 43   6 to 7 Months (24 to 28 Weeks): Blink-Startle; Pupils Respond to Light; Smell and Taste

Setelah 24 minggu, kelopak mata terbuka lagi & fetus mempamerkan respons kelipan-terkejut. Reaksi terhadap bunyi kuat tiba-tiba ini didapati lebih awal wujud pada fetus perempuan.

Beberapa kajian melaporkan pendedahan terhadap bunyi kuat mungkin boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan fetus. Kesan serta merta termasuklah peningkatan berpanjangan kadar degupan jantung, banyak menelan, dan perubahan kelakuan mendadak pada fetus. Kemungkinan kesan jangka panjangnya termasuklah hilang pendengaran.

Kadar respirasi fetus boleh meningkat sehingga 44 kitaran sedut-hembus nafas seminit.

Semasa trimester ketiga kehamilan, pertumbuhan pesat otak menggunakan lebih daripada 50% tenaga yang digunakan oleh fetus. Berat otak bertambah antara 400 dan 500%.

Pada usia 26 minggu, mata mengeluarkan air mata.

Anak mata bereaksi pada cahaya seawal 27 minggu. Respons ini mengawal jumlah cahaya yang sampai ke retina sepanjang hayat.

Semua komponen yang perlu untuk deria bau kini berfungsi. Kajian ke atas bayi tidak cukup bulan mendedahkan ia berupaya mengesan bau seawal 26 minggu selepas persenyawaan.

Jika bahan manis hadir dalam bendalir amnion, kadar fetus menelan meningkat. Sebaliknya, kadar fetus menelan menurun apabila bahan pahit dimasukkan. Ekspresi wajah biasanya akan bertukar selepas ini.

Melalui siri pergerakan kaki melangkah sama seperti berjalan, fetus membuang jungkir balik.

Kedutan pada fetus nampak berkurangan kerana endapan lemak makin terbentuk bawah kulit. Lemak berperanan penting mengekalkan suhu badan dan menyimpan tenaga selepas kelahiran.

Chapter 44   7 to 8 Months (28 to 32 Weeks): Sound Discrimination, Behavioral States

Setelah 28 minggu, fetus boleh membezakan antara tinggi dan rendah nada sesuatu bunyi.

Setelah 30 minggu, pernafasan lebih kerap & terjadi 30 - 40% tiap masa dalam fetus biasa.

Semasa 4 bulan terakhir kehamilan, fetus menunjukkan masa aktiviti tersusun diselang dengan masa berehat. Keadaan perilaku ini menggambarkan pusat sistem saraf yang semakin kompleks.

Chapter 45   8 to 9 Months (32 to 36 Weeks): Alveoli Formation, Firm Grasp, Taste Preferences

Lebih kurang 32 minggu, alveolus sebenar atau sel "poket" udara, mula berkembang di dalam paru-paru. Ini berterusan sehingga 8 tahun lepas kelahiran.

Pada 35 minggu, genggaman tangan fetus erat.

Pendedahan fetus terhadap pelbagai bahan seperti memberi keutamaan perisa lepas kelahiran. Contohnya, jika ibu fetus makan jintan manis, bahan yang memberikan rasa kepada likuoris, fetus jadi gemar kepada jintan manis selepas kelahiran. Bayi yang lain pula tidak suka jintan manis.

Chapter 46   9 Months to Birth (36 Weeks through Birth)

Fetus memulakan rasa sakit bersalin dengan membebaskan banyak hormon estrogen dan bermulalah pertukaran fetus kepada bayi.

Sakit bersalin bermula dengan pengecutan uterus yang kuat menyebabkan kelahiran bayi.

Dari persenyawaan, kelahiran, & seterusnya, perkembangan manusia adalah dinamik, berterusan, & kompleks. Penemuan baru proses menakjubkan ini makin menunjukkan perkembangan fetus mempunyai impak penting untuk kesihatan seumur hidup.

Semakin kita faham tentang perkembangan awal manusia, semakin kita berupaya menjaga kesihatan - sebelum dan selepas kelahiran.
6 Months - Birth


Add a Comment

Your Name: Log In 3rd-party login: Facebook     Google     Yahoo

Comment:
     


Newest  |  Top Rated

5 Comments


wycliffe mabiria
March 12, 2013 at 2:51 am
wycliffe mabiria
You get my manifold congrats. Great resource.
Report
Dislike
Like

kathrin34
May 4, 2012 at 12:18 pm
kathrin34
One of the best sites for pre-birth informations
Report
Dislike
Like

Ramesh P
July 18, 2011 at 9:29 pm
Ramesh P
Very Usefull information.....tahnks a lott.
Report
Dislike
Like
+2 thumbs up

Shukhrat Sattorov
February 22, 2011 at 5:39 am
Shukhrat Sattorov
Thank you for information from my family and from my son who is coming to the world in the summer! It will help us to make a beautiful family!
Report
Dislike
Like
+2 thumbs up

Sofi Katsi
October 4, 2010 at 11:26 am
Sofi Katsi
gravidanza.........la auguro a tutte le donne..
Report
Dislike
Like
+1 thumbs up