| |
The Fetal Period (8 Weeks through Birth)
Chapter 37 9 Weeks: Swallows, Sighs, and Stretches
|
| |
| Tempoh fetus berterusan
hingga kelahiran.
|
| Setelah 9 minggu, fetus mula
menghisap ibu jari
dan boleh menelan bendalir amnion.
|
| Fetus boleh menggenggam objek, mengerakkan
mengerakkan kepala ke depan dan belakang,
menggerakkan rahang dan lidah,
mengeluh, & menggeliat.
Reseptor saraf pada muka, tapak tangan,
dan tapak kaki peka pada sentuhan lembut.
"Sebagai respons kepada sentuhan
di tapak kaki,"
fetus membengkokkan pinggul,
lutut & jari kaki.
|
| Kelopak mata kini tertutup rapat.
|
| Dalam larinks, kemunculan ligamen vokal
tanda bermulanya perkembangan saraf vokal.
|
| Dalam fetus perempuan,
uterus dikenal pasti
dan sel pembiakan yang belum
matang,
oogonium, sedang mendua dalam ovari.
Bahagian luar genitalia mula
nampak ketara
sama ada lelaki atau perempuan.
|
Chapter 38 10 Weeks: Rolls Eyes and Yawns, Fingernails & Fingerprints
|
| |
| Pertumbuhan pesat
di antara 9 dan 10 minggu
menambah berat badan lebih 75%.
|
| Pada 10 minggu,
stimulasi kelopak atas mata
menyebabkan biji mata bergerak ke bawah.
Fetus menguap
& kerap membuka/menutup mulut.
|
| Kebanyakan fetus menghisap ibu jari kanan.
Bahagian usus dalam
tali pusat
kembali ke lompang abdomen.
|
| Tulang sedang
melalui proses osifikasi penulangan.
|
| Kuku jari tangan dan kaki mula tumbuh.
|
| Cap jari yang unik muncul
10 minggu selepas persenyawaan.
Paten ini boleh dipakai untuk
pengenalpastian selama seumur hidup.
|
Chapter 39 11 Weeks: Absorbs Glucose and Water
|
| |
| Setelah 11 minggu,
hidung dan bibir terbentuk sepenuhnya.
Seperi mana bahagian badan yang lain,
rupa mereka bertukar di setiap peringkat
dalam kitaran hidup manusia.
|
| Usus mula menyerap glukosa dan air
yang ditelan oleh fetus.
|
| Walaupun jantina telah ditentukan
semasa persenyawaan,
genitalia luar kini boleh
dibezakan
sebagai lelaki atau perempuan.
|
Chapter 40 3 to 4 Months (12 to 16 Weeks): Taste Buds, Jaw Motion, Rooting Reflex, Quickening
|
| |
| Antara 11 dan 12 minggu,
berat fetus meningkat sebanyak hampir 60%.
12 minggu menandakan
berakhirnya tiga bulan pertama,
atau trimester, dalam kehamilan.
|
| Tunas rasa ketara kini
memenuhi bahagian dalam mulut.
|
| Setelah kelahiran, tunas rasa akan kekal
hanya pada lidah dan lelangit mulut.
|
| Pergerakan usus bermula seawal 12 minggu
dan berterusan selama
lebih kurang 6 minggu.
Bahan yang pertama sekali dibuang oleh
kolon fetus dan bayi dipanggil mekonium.
Ia terdiri daripada
enzim pencernaan,
protein, dan sel mati
yang disingkir oleh sistem pencernaan.
|
| Setelah 12 minggu, panjang anggota atas
hampir mencapai ukuran terakhirnya
dengan saiz badan.
Anggota bawah badan mengambil masa
yang lebih lama
untuk mencapai saiz terakhirnya.
|
| Kecuali belakang & atas kepala,
seluruh badan fetus kini bereaksi
terhadap sentuhan lembut.
|
| Perkembangan perbezaan berdasarkan-jantina
muncul buat kali pertama.
Contohnya, fetus perempuan mempamerkan
pergerakan rahang lebih kerap dari lelaki.
|
| Berbeza dengan gerak balas
menarik kepala dilihat awal tadi,
stimulasi berdekatan mulut
kini menyebabkan
kepala dipusing
ke stimulus & mulut dibuka.
Gerak balas ini
dipanggil "refleks pengakar"
dan berkekalan selepas kelahiran,
membantu bayi mencari puting si ibu
semasa penyusuan.
|
| Bahagian muka semakin matang
apabila endapan lemak mula memenuhi pipi
dan pertumbuhan gigi bermula.
|
| Setelah 15 minggu,
sel stem pembentuk-darah
muncul dan berganda dalam sum-sum tulang.
Kebanyakan pembentukan sel darah
akan terjadi di sini.
|
| Embrio mula bergerak
ketika berusia 6 minggu,
namun wanita hamil merasakan
pergerakan pertama fetus
antara 14 hingga 18 minggu.
Secara tradisi,
ini dipanggil gerakan pertama.
|
Chapter 41 4 to 5 Months (16 to 20 Weeks): Stress Response, Vernix Caseosa, Circadian Rhythms
|
| |
| Setelah 16 minggu, prosedur memasukkan
jarum ke dalam abdomen fetus
mencetus tindak balas hormon
tekanan
yang membebaskan noradrenalin,
atau norepinefrin ke dalam aliran darah.
Bayi & orang dewasa
mempamerkan tindak balas
sama terhadap prosedur
yang mengganggu mereka.
|
| Dalam sistem respirasi,
batang bronkus kini hampir lengkap.
|
| Sejenis bahan perlindungan
berwarna putih,
dipanggil verniks kaseosa,
kini melindungi fetus.
Verniks melindungi kulit
daripada kesan rengsaan
bendalir amnion.
|
| Dari 19 minggu, pergerakan, pernafasan,
dan kadar degup jantung fetus
mula mengikut
kitaran harian dipanggil ritma sirkadian.
|
Chapter 42 5 to 6 Months (20 to 24 Weeks): Responds to Sound; Hair and Skin; Age of Viability
|
| |
| Setelah 20 minggu, koklea,
iaitu organ pendengaran,
telah mencapai saiz organ orang dewasa
dalam telinga dalaman
yang telah terbentuk sepenuhnya.
Mulai sekarang,
fetus akan bertindak balas
terhadap julat bunyi yang lebih besar.
|
| Rambut mula tumbuh di atas kulit kepala.
Semua lapisan dan
struktur kulit terbentuk,
termasuk folikel dan kelenjar rambut.
|
| Setelah 21 ke 22 minggu
selepas persenyawaan,
peparu berupaya sedikit
untuk menyedut udara.
Ini dianggap umur boleh hidup
kerana ketika ini sesetengah fetus
berupaya hidup di luar rahim.
Kejayaan kaedah perubatan terkini
membolehkan bayi yang
lahir tidak cukup bulan
terus hidup.
|
Chapter 43 6 to 7 Months (24 to 28 Weeks): Blink-Startle; Pupils Respond to Light; Smell and Taste
|
| |
| Setelah 24 minggu,
kelopak mata terbuka lagi
& fetus mempamerkan
respons kelipan-terkejut.
Reaksi terhadap bunyi kuat tiba-tiba ini
didapati lebih awal wujud
pada fetus perempuan.
|
| Beberapa kajian melaporkan
pendedahan terhadap bunyi kuat
mungkin boleh memberi kesan buruk
kepada kesihatan fetus.
Kesan serta merta termasuklah
peningkatan berpanjangan
kadar degupan jantung, banyak menelan,
dan perubahan kelakuan mendadak
pada fetus.
Kemungkinan kesan jangka panjangnya
termasuklah hilang pendengaran.
|
| Kadar respirasi fetus
boleh meningkat sehingga
44 kitaran sedut-hembus
nafas seminit.
|
| Semasa trimester ketiga kehamilan,
pertumbuhan pesat otak menggunakan lebih
daripada 50% tenaga
yang digunakan oleh fetus.
Berat otak bertambah antara 400 dan 500%.
|
| Pada usia 26 minggu,
mata mengeluarkan air mata.
Anak mata bereaksi pada cahaya
seawal 27 minggu.
Respons ini mengawal jumlah cahaya
yang sampai ke retina sepanjang hayat.
|
| Semua komponen yang perlu
untuk deria bau kini berfungsi.
Kajian ke atas bayi tidak cukup bulan
mendedahkan ia berupaya mengesan bau
seawal 26 minggu selepas persenyawaan.
Jika bahan manis
hadir dalam bendalir amnion,
kadar fetus menelan meningkat.
Sebaliknya, kadar fetus menelan
menurun apabila bahan pahit dimasukkan.
Ekspresi wajah biasanya akan
bertukar selepas ini.
|
| Melalui siri pergerakan kaki melangkah
sama seperti berjalan,
fetus membuang jungkir balik.
|
| Kedutan pada fetus
nampak berkurangan kerana
endapan lemak makin terbentuk bawah kulit.
Lemak berperanan penting
mengekalkan suhu badan
dan menyimpan tenaga selepas kelahiran.
|
Chapter 44 7 to 8 Months (28 to 32 Weeks): Sound Discrimination, Behavioral States
|
| |
| Setelah 28 minggu, fetus boleh membezakan
antara tinggi dan rendah
nada sesuatu bunyi.
|
| Setelah 30 minggu,
pernafasan lebih kerap &
terjadi 30 - 40% tiap masa
dalam fetus biasa.
|
| Semasa 4 bulan terakhir kehamilan,
fetus menunjukkan masa aktiviti tersusun
diselang dengan masa berehat.
Keadaan perilaku ini
menggambarkan pusat sistem saraf
yang semakin kompleks.
|
Chapter 45 8 to 9 Months (32 to 36 Weeks): Alveoli Formation, Firm Grasp, Taste Preferences
|
| |
| Lebih kurang 32 minggu,
alveolus sebenar
atau sel "poket" udara,
mula berkembang di dalam paru-paru.
Ini berterusan sehingga
8 tahun lepas kelahiran.
|
| Pada 35 minggu,
genggaman tangan fetus erat.
|
| Pendedahan fetus terhadap pelbagai bahan
seperti memberi keutamaan perisa
lepas kelahiran.
Contohnya, jika ibu fetus
makan jintan manis,
bahan yang memberikan rasa
kepada likuoris,
fetus jadi gemar kepada jintan manis
selepas kelahiran.
Bayi yang lain pula
tidak suka jintan manis.
|
Chapter 46 9 Months to Birth (36 Weeks through Birth)
|
| |
| Fetus memulakan rasa sakit bersalin
dengan membebaskan banyak hormon estrogen
dan bermulalah pertukaran fetus
kepada bayi.
Sakit bersalin bermula dengan
pengecutan
uterus yang kuat
menyebabkan kelahiran bayi.
|
| Dari persenyawaan,
kelahiran, & seterusnya,
perkembangan manusia adalah dinamik,
berterusan, & kompleks.
Penemuan baru proses menakjubkan ini
makin menunjukkan perkembangan
fetus mempunyai
impak penting
untuk kesihatan seumur hidup.
Semakin kita faham tentang
perkembangan awal manusia,
semakin kita berupaya
menjaga kesihatan -
sebelum dan selepas kelahiran.
|