Skip Navigation
The Endowment for Human Development
The Endowment for Human Development
Improving lifelong health one pregnancy at a time.
Donate Now Get Free Videos

Multilingual Illustrated DVD [Tutorial]

The Biology of Prenatal Development




PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


National Geographic Society This program is distributed in the U.S. and Canada by National Geographic and EHD. [learn more]

Choose Language:
Download English PDF  Download Spanish PDF  Download French PDF  What is PDF?
 

Chapter 40   3 to 4 Months (12 to 16 Weeks): Taste Buds, Jaw Motion, Rooting Reflex, Quickening

Antara 11 dan 12 minggu, berat fetus meningkat sebanyak hampir 60%.

12 minggu menandakan berakhirnya tiga bulan pertama, atau trimester, dalam kehamilan.

Tunas rasa ketara kini memenuhi bahagian dalam mulut.
Setelah kelahiran, tunas rasa akan kekal hanya pada lidah dan lelangit mulut.

Pergerakan usus bermula seawal 12 minggu dan berterusan selama lebih kurang 6 minggu.

Bahan yang pertama sekali dibuang oleh kolon fetus dan bayi dipanggil mekonium. Ia terdiri daripada enzim pencernaan, protein, dan sel mati yang disingkir oleh sistem pencernaan.

Setelah 12 minggu, panjang anggota atas hampir mencapai ukuran terakhirnya dengan saiz badan. Anggota bawah badan mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai saiz terakhirnya.

Kecuali belakang & atas kepala, seluruh badan fetus kini bereaksi terhadap sentuhan lembut.

Perkembangan perbezaan berdasarkan-jantina muncul buat kali pertama. Contohnya, fetus perempuan mempamerkan pergerakan rahang lebih kerap dari lelaki.

Berbeza dengan gerak balas menarik kepala dilihat awal tadi, stimulasi berdekatan mulut kini menyebabkan kepala dipusing ke stimulus & mulut dibuka. Gerak balas ini dipanggil "refleks pengakar" dan berkekalan selepas kelahiran, membantu bayi mencari puting si ibu semasa penyusuan.

Bahagian muka semakin matang apabila endapan lemak mula memenuhi pipi dan pertumbuhan gigi bermula.

Setelah 15 minggu, sel stem pembentuk-darah muncul dan berganda dalam sum-sum tulang. Kebanyakan pembentukan sel darah akan terjadi di sini.

Embrio mula bergerak ketika berusia 6 minggu, namun wanita hamil merasakan pergerakan pertama fetus antara 14 hingga 18 minggu. Secara tradisi, ini dipanggil gerakan pertama.


Add a Comment

Your Name: Log In 3rd-party login: Facebook     Google     Yahoo

Comment: