Skip Navigation
The Endowment for Human Development
The Endowment for Human Development
Improving lifelong health one pregnancy at a time.
Donate Now Get Free Videos

Multilingual Illustrated DVD [Tutorial]

The Biology of Prenatal Development




PERKEMBANGAN BIOLOGI PRANATAL

.Bahasa Melayu [Malay]


National Geographic Society This program is distributed in the U.S. and Canada by National Geographic and EHD. [learn more]

Choose Language:
Download English PDF  Download Spanish PDF  Download French PDF  What is PDF?
 

Chapter 1   Introduction

Proses dinamik di mana satu sel zigot manusia menjadi 100-trilion-sel dewasa mungkin merupakan fenomena paling menakjubkan di alam ini.

Para penyelidik kini tahu banyak fungsi rutin yang dijalankan oleh badan orang dewasa telah dibentuk semasa kehamilan - selalunya lama sebelum kelahiran.

Tempoh perkembangan sebelum kelahiran semakin difahami sebagai masa persediaan yang mana manusia yang sedang terbentuk memperoleh pelbagai struktur, dan berlatih pelbagai kemahiran, yang perlu untuk terus hidup selepas kelahiran.

Chapter 2   Terminology

Kehamilan bagi manusia biasanya memakan masa 38 minggu dikira dari masa persenyawaan, atau konsepsi, sehingga kelahiran.

Semasa 8 minggu pertama lepas persenyawaan, manusia yang terbentuk dipanggil embrio, yang bermaksud "sedang membesar di dalam." Waktu ini, dinamakan tempoh embrio, iaitu waktu pembentukan kebanyakan sistem utama badan.

Selepas 8 minggu hingga akhir kehamilan, "manusia yang terbentuk dinamakan fetus," yang bermaksud "anak yang belum lahir." Semasa tempoh yang di panggil tempoh fetus ini, badan membesar dan sistemnya mula berfungsi.

Semua usia embrio & fetus dalam program ini merujuk kepada masa sejak persenyawaan.

The Embryonic Period (The First 8 Weeks)

Embryonic Development: The First 4 Weeks

Chapter 3   Fertilization

Dari segi biologi, "perkembangan manusia bermula semasa persenyawaan," apabila wanita dan lelaki menggabungkan 23 kromosom masing-masing melalui penyatuan sel pembiakan mereka.

Sel pembiakan wanita biasanya dipanggil "telur" tetapi terma yang betul adalah oosit.

Begitu juga, sel pembiakan lelaki lebih dikenali sebagai "sperma" tetapi terma utama adalah spermatozoon.

Selepas oosit dibebaskan dari ovari wanita dalam proses yang dinamakan pengovulan, oosit dan spermatozoon bersatu dalam salah satu tiub uterus, yang biasanya dipanggil tiub fallopio.

Tiub uterus menyambungkan ovari wanita kepada uterus atau rahim.

Hasil embrio satu-sel ini dinamakan zigot, bermaksud "terikat atau bergabung bersama."

Chapter 4   DNA, Cell Division, and Early Pregnancy Factor (EPF)

46 kromosom zigot ini mewakili edisi pertama bluprin genetik lengkap seorang individu baru. Pelan utama ini berada dalam molekul bergelung ketat dipanggil DNA. Molekul ini mengandungi arahan untuk perkembangan seluruh badan.

Molekul DNA menyerupai tangga pintal dikenali sebagai heliks ganda dua. Jejak tangga ini diperbuat daripada pasangan molekul, atau bes, yang dipanggil guanina, sitosin, adenin, dan timina.

Guanina hanya berpasangan dengan sitosin, dan adenin dengan timina. Setiap sel manusia mengandungi lebih kurang 3 bilion pasangan bes sebegini.

DNA setiap sel mengandungi banyak maklumat hingga jika ia diwakili perkataan bercetak, hanya dengan menyenaraikan huruf pertama tiap bes akan memerlukan lebih 1.5 juta muka surat teks!

Jika dibentangkan dari hujung ke pangkal, DNA dalam satu sel manusia berukuran 3 1/3 kaki atau 1 meter.

Jika kita dapat meleraikan gelungan DNA ini dalam 100 trilion sel dewasa, ia akan terbentang lebih 63 bilion batu. Ini adalah jarak pergi balik antara bulan dengan matahari sebanyak 340 kali.

Dalam 24 hingga 30 jam selepas persenyawaan, pembahagian pertama sel zigot selesai. Melalui proses mitosis, 1 sel dibahagi 2, 2 kepada 4,dan seterusnya.

Seawal 24 - 48 jam selepas persenyawaan, kehamilan boleh disahkan dengan mengesan hormon "faktor awal kehamilan" dalam darah ibu.

Chapter 5   Early Stages (Morula and Blastocyst) and Stem Cells

Setelah 3 - 4 hari selepas persenyawaan, sel embrio yang terbahagi berbentuk sfera dan embrio ini dipanggil morula.

Setelah 4 - 5 hari, lompang terbentuk dalam bebola sel & embrio dipanggil blastosista.

Sel-sel di dalam blastosista dipanggil jisim sel dalaman dan membentuk kepala, badan, dan struktur lain yang penting untuk manusia yang sedang terbentuk.

Sel-sel di dalam jisim sel dalaman dipanggil sel stem embrio kerana sel ini berupaya membentuk setiap dari lebih 200 jenis sel yang terkandung dalam badan manusia.

Chapter 6   1 to 1½ Weeks: Implantation and Human Chorionic Gonadotropin (hCG)

Setelah melalui tiub uterus, embrio baru ini membenamkan dirinya ke dalam lapisan dinding uterus si ibu. Proses implantasi ini, bermula 6 hari & berakhir 10 ke 12 hari selepas persenyawaan.

Sel embrio yang membesar mula mengeluarkan hormon ganadotrofin korion manusia, atau hCG, bahan yang dikesan kebanyakan ujian kehamilan.

HCG menyebabkan hormon ibu mengganggu kitaran normal haid, membolehkan kehamilan diteruskan.

Chapter 7   The Placenta and Umbilical Cord

Selepas implantasi, sel di periferi blastosista membentuk sebahagian struktur dipanggil plasenta, yang menjadi pengantara muka sistem pengedaran antara ibu dan embrio.

Plasenta menghantar oksigen, nutrien, hormon, & pengubatan daripada ibu kepada manusia yang terbentuk; menyingkir semua bahan buangan; dan menghalang darah ibu daripada bercampur dengan darah embrio dan fetus.

Plasenta ini juga mengeluarkan hormon dan mengekalkan suhu badan embrio dan fetus lebih tinggi sedikit daripada suhu si ibu.

Plasenta berkomunikasi dengan manusia yang terbentuk melalui salur tali pusat.

Keupayaan sokongan hidup plasenta setanding dengan unit rawatan rapi hospital moden.

Chapter 8   Nutrition and Protection

Setelah 1 minggu, sel di dalam jisim sel dalaman membentuk dua lapisan dipanggil hipoblas dan epiblas.

Hipoblas membentuk pundi yolka, iaitu salah satu struktur yang membolehkan si ibu membekalkan nutrien kepada embrio baru ini.

Sel-sel daripada epiblas membentuk membran dipanggil amnion, di mana embrio dan kemudiannya fetus berkembang di dalamnya sehingga dilahirkan.

Chapter 9   2 to 4 Weeks: Germ Layers and Organ Formation

Lebih kurang 2 1/2 minggu, epiblas telah membentuk 3 tisu khas, atau lapisan germa, dipanggil ektoderma, endoderma, dan mesoderma.

Ektoderma membentuk pelbagai struktur termasuk otak, saraf tunjang, saraf, kulit, kuku, dan rambut.

Endoderma menghasilkan lapisan sistem respirasi dan pencernaan, dan menjana sebahagian organ utama seperti hati dan pankreas.

Mesoderma membentuk jantung, ginjal, tulang, rawan, otot, sel darah, dan struktur lain.

Setelah 3 minggu, otak dibahagi kepada 3 bahagian utama dipanggil otak depan, otak tengah, dan otak belakang.

Perkembangan sistem respirasi dan pencernaan juga sedang berjalan.

Sebaik saja sel darah pertama muncul di dalam pundi yolka, salur darah terbentuk di seluruh embrio, dan jantung berbentuk tiub muncul.

Dengan segera, jantung yang membesar dengan pesat ini bergulung sendiri apabila kebuk berasingan mula terbentuk.

Jantung mula berdegup 3 minggu dan satu hari selepas persenyawaan.

Sistem pengedaran, atau sekumpulan organ berkaitan, merupakan sistem yang mula-mula sekali berfungsi.

Chapter 10   3 to 4 Weeks: The Folding of the Embryo

Antara 3 dan 4 minggu, pelan badan muncul apabila otak, saraf tunjang, dan jantung embrio dapat dikenal pasti dengan mudah di sisi pundi yolka.

Pertumbuhan pesat menyebabkan tergulungnya embrio yang begitu leper ini. Proses ini memasukkan sebahagian daripada pundi yolka ke dalam lapisan sistem pencernaan dan membentuk lompang dada dan abdomen manusia yang sedang terbentuk.

Embryonic Development: 4 to 6 Weeks

Chapter 11   4 Weeks: Amniotic Fluid

Setelah 4 minggu amnion jernih mengelilingi embrio dalam pundi berisi bendalir. Cecair steril ini dipanggil bendalir amnion, melindungi embrio daripada kecederaan.

Chapter 12   The Heart in Action

Jantung lazimnya berdegup 113 kali seminit.

Perhatikan jantung bertukar warna apabila darah keluar masuk kebuk semasa ia berdegup.

Jantung akan berdegup lebih kurang 54 juta kali sebelum kelahiran dan melebihi 3.2 bilion kali sepanjang jangka hayat 80-tahun.

Chapter 13   Brain Growth

Pembesaran pesat otak terbukti dengan perubahan rupa otak depan, otak tengah, dan otak belakang.

Chapter 14   Limb Buds

Perkembangan anggota atas dan bawah bermula bila tunas anggota muncul setelah 4 minggu.

Pada masa ini kulit bersifat lut sinar kerana ia hanya setebal satu sel.

Apabila kulit menebal, sifat lut sinarnya hilang, bermakna kita hanya dapat melihat perkembangan organ dalaman lebih kurang sebulan saja lagi.


Add a Comment

Your Name: Log In 3rd-party login: Facebook     Google     Yahoo

Comment: